Bunga Dip Kristal

Bunga dip selalu digunakan untuk menghias hantaran kebelakangan ini.Namun,proses penghasilannya agak rumit.Kesabaran dan kebolehan diperlukan untuk menghasilkan bunga dip yang menarik.
Anda memerlukan-->polistrin,playar,pita pelilit,cecair dip,thinner.benang@dawai,daun,batang buluh dan dawai emas.


Langkah pertama,bentukkan dawai emas menjadi kelopak bunga.


Bengkokkan dawai untuk memperoleh bentuk kelopak yang diingini.Bentuk kelopak boleh divariasikan mengikut kemahuan dan kecekapan anda.


Bentukkan dawai mengikut jumlah yang dimahukan untuk menghasilkan sekuntum bunga. Contohnya,saya menggunakan 12 kelopak untuk sekuntum bunga.



Celupkan kelopak bunga ke dalam larutan dip kristal.Anda akan mendapati 1 lapisan nipis dip kristal terbentuk mengikut bentuk dawai.Keluarkan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati kerana lapisan itu mudak pecah/koyak. Gunakan Thinner untuk melarutkan dip kristal yang memejal disebabkan terdedah kepada udara terlalu lama.



Seterusnya,biarkan kelopak-kelopak itu kering dengan menjemurkannya di atas polistrin.Anda juga boleh meletakkan perada ke atas kelopak semasa ia masih basah untuk kemasan lebih glamor.


Selepas itu,ambil kelopak-kelopak tadi dan cantumkannya untuk menjadi bunga.Pastikan kelopak bunga itu kering sepenuhnya.Di sini,saya menggunakan 3 kelopak untuk bahagian tengah bunga.


DAn untuk bahagian tengah,saya menggunakan 4 kelopak.


Teruskan mencantumkan kelopak-kelopak itu sehingga anda mendapat hasil sebegini :


Kemaskan tangkai bunga dengan pita pelilit.


Kemudian,ambil batang buluh dan cantumkan kepada bunga menggunakan pita pelilit.

]
Jangan lupa untuk meletakkan daun semasa melilit batang buluh tersebut.

]
Teruskan melilit sehingga hujung batang buluh.


]
Bunga yang sudah siap adalah seperti gambar di bawah.Ini adalah contoh yang rigkas dan mudah sahaja.Anda boleh meletakkan pelbagai hiasan pada bunga (riben,manik dan lain-lain) jika ingin menhasilkan bunga telor/bunga pahar dip.



0 comments:

Post a Comment