Bunga Pita

Anda memerlukan-->gunting,riben satin@organza,benang dan jarum.


Langkah petama,potong riben kepada panjang yang diingini.Semakin panjang riben,semakin besar bunga ros yang akan terhasil.Untuk yang pertama kali mencuba,mulakan dengan yang kecil dahulu :)



Lipat riben menjadi 2.


Ambil satu bahagian dan gulung kemas-kemas.Inilah yang akan menjadi bahagian tengah bunga ros.Jahit dengan kemas.


Teruskan menggulung beberapa pusingan lagi.Kemudian,lipat riben untuk menghasilkan ilusi kelopak bunga ros.

Jangan lupa untuk menjahit riben di setiap lipatan.


Teruskan melipat sehingga penghujung riben.

Make sure that the end of the ribbon is secured.
Pastikan hujung riben dijahit dengan kemas dan kuat.


Inilah hasilnya.Selepas beberapa kali mencuba,anda akan dapat memperbaiki kecekapan melipat bunga ros ini untuk menghasilkan bunga ros yang cantik :)


bungatelor.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment