Kupu-kupu



Anda memerlukan-->gam,playar,gunting,benang@dawai saiz 28,stoking bunga nylon,inti bunga,maink dan dawai emas.



Langkah pertama,potong dawai emas kepada 4 bahagian.Seterusnya,bentukkan dawai yang siap dipotong menjadi sayap rama-rama.


Bentuk sayap rama-rama boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda.Di sini,saya bentukkan bahagian atas sayap seperti berikut :


Dan bahagian bawah sayap seperti berikut:


Bentuk kasar kupu-kupu akan terhasil apabila kesemua dawai dibentuk.


Selepas itu,balut sayap kupu-kupu dengan stoking secara berasingan.Pastikan bahagian depan dan belakang sayap ditutupi sepenuhnya.Tarik stoking dengan kemas dan ikat hujungya mengunakan benang@dawai.Jangan menarik stoking terlalu tegang kerana ia mudah koyak.


Keempat-empat sayap yang sudah siap dibalut :


Kemudian,cantumkan sayap satu persatu menggunakan benang@dawai.




Apabila siap menyambung sayap,kemaskan bahagian belakang kupu-kupu (lebihan dawai)


Untuk membuat sesungut,ambil 2 inti bunga dan potong salah satu hujungnya.Selain itu,anda boleh menghasilkan sesungut dengan membengkokkan hujung dawai emas.


Letakkan sesungut di atas (tengah) kupu-kupu dan gamkan.


Gamkan manik di tengah-tengah.Hasilnya,terbentuklah seekor kupu-kupu.


Akhir sekali,hiaskan rama-rama dengan menggunakan perada ataupun labuci.


Kupu-kupu ini sesuai digunakan sebagai hiasan hantaran mahupun cenderamata :)



Contoh kupu-kupu berlainan bentuk dan warna!

Really,it is worth trying!!!

0 comments:

Post a Comment